DEFINISI PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA
Pasaran persaingan sempurna terdiri daripada jumlah
penjual dan juga pembeli yang ramai dengan pelbagai jenis produk yang bersifat
homogen. Homogen bermaksud barangan yang dihasilkan sebagai pengganti yang
sempurna terhadap barangan lain. Barangan yang dihasilkan adalah barangan yang
mempunyai identiti yang sama. Sebagai contoh, roti yang dibuat oleh syarikat
Gardenia dan Masimo adalah merupakan roti yang hampir sama tetapi dihasilkan
oleh dua syarikat yang berlainan.
NAMA PERDAGANGAN |
gardenia |
JENIS |
bakeri |
KELUARAN |
Roti, Bakeri |
PENGASAS |
Horatio Sye Slocumm |
INDUSTRI |
Perusahaan kecil dan sederhana |
IBU PEJABAT |
Kuala Lumpur, Malaysia |
PEMILIK |
QAF Ltd & syarikat bersekutu Padiberas
Nasional Berhad |
LAMAN SESAWANG |
http://www.gardenia.com.my/ |
KONSEP UMUM PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA(PPS)
Umum mengetahui, di dalam sistem ekonomi kapitalis
organisasi perniagaan sering menghadapi persekitaran persaingan yang dinamik
dan agak sengit. Persaingan antara organisai perniagaan lain yang mengeluarkan
barang untuk diniaga atau perkhidmatan yang sama boleh menentukan daya dan
kreativiti, kemajuan dan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi.
Perniagaan persaingan ini akan membuatkan organisasi atau syarikat tersebuat
akan cuba perbaiki produk yang di keluarkan supaya berdaya saing dengan produk
pengeluar lain malah mengusai pasaran.
Sebagai contoh, harga sebungkus roti yang dijual
oleh syarikat gardenia ialah RM 3.35 dan syarikat lain yang mengeluarkan roti
juga yang menjual dengan harga RM 3.65, ini menunjukkan perbezaan dari segi
harga sahaja yang menjadi barang pengganti genap. Barang bersifat homogen ini
mempunyai banyak pengganti untuk memenuhi permintaan.
CIRI-CIRI PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA PADA GARDENIA
1. 1. Ramai penjual dan pembeli.
Bilangan penjual dan pembeli ramai. Dengan adanya
sifat ini mengakibatkan penjual dan
pembeli tidak akan mempengaruhi keadaan pasaran. Syarikat Roti gardenia
merupakan salah satu syarikat roti utama di Malaysia.
2. Kebebasan keluar masuk
Firma-firma lain mempunyai kebebasan untuk memasuki
dan keluar daripada industri. Ini bermaksud, sekiranya sesebuah firma mengalami
kerugian, mereka bebas untuk keluar daripada industri dan sebaliknya firma
juga bebas untuk masuk meskipun
firma-firma lain yang berada dalam industri menikmati keuntungan. Selain syarikat Gardenia, terdapat banyak
syarikat lain yang turut menwarkan produk yang sama misalnya syarikat roti
Massimo dan sebagainya.
3. Firma adalah penerima harga.
Disebabkan faktor kebebasan keluar masuk, firma akan menerima sahaja harga yang telah ditetapkan oleh pasaran melalui mekanisme harga, iaitu melalui kuasa permintaan dan penawaran pasaran. Pada tingkat harga tersebut, firma bebas menjual seberapa banyak kuantiti yang dikehendaki oleh mereka kerana harga pasaran tidak berubah.
Pengguna dan pengeluar mempunyai pengetahuan yang sempurna tentang pasaran. Ini bermaksud, pengguna dan penjual mengetahui tentang keutamaan mereka. Mereka mengetahui tentang harga setiap barang di pasaran dan tempat dimana mereka boleh medapatkan barangan tersebut. Bagi pihak penjual pula, mereka juga mesti mempunyai semua maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan ekonomi yang betul. Mereka perlu mengetahui berkenaan teknologi pengeluaran, peruabahan input, perubahan harga barang yang dijual, harga faktor-faktor pengeluaran serta tindakan firma-firma lain di pasaran. Hal ini bersamaan dengan syarikat roti Gardenia dimana pembeli iaitu rakyat Malaysia sudah mengetahui harga bagi setiap produk yang dikeluarkan oleh firma berkenaan. Pengetahuan tentang pasaran ini akan menyebabkan sumber digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan keuntungan yang maksimum kepada firma.
5. Mobiliti
faktor
Matlamat firma dalam
pasaran persaingan sempurna adalah memaksimumkan keuntungan. Jika sesuatu barang perlu menggunakan faktor
pengeluaran yang mempunyai tahap mobiliti yang tinggi, maka penawaran barang
tersebut adalah lebih anjal. Apabila
tingkat harga meningkat, kuantiti barang yang ditawarkan dapat ditambah dengan
banyak kerana faktor pengeluaran turut dapat ditambah selaras dengan tambahan
output
6. Keluaran
yang homogen
Keluaran yang dihasilkan oleh setiap firma adalah bersifat homogen iaitu sama jenis. Ini bermakna barangan tersebut merupakan pengganti sempurna di antara satu sama lain. Oleh itu, persaingan bukan harga tidak diperlukan kerana setiap tindakan firma membezakan barang dari segi jenama, iklan, promosi dan sebagainya tidak akan mempengaruhi tanggapan pengguna. Misalnya, slogan yang digunapakai oleh syarikat Gardenia iaitu “Gardenia, sungguh enak dimakan begitu saja”
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA
KESIMPULAN
Kajian yang dilakukan oleh kumpulan kami dimana syarikat
roti terbesar di Malaysia iaitu jenama Gardenia adalah merupakan salah satu
contoh yang mempunyai ciri pasaran persaingan sempurna. Di dalam sesebuah pasaran, banyak keluaran roti yang
dikeluarkan oleh syarikat lain seperti jenama roti Massimo, Mighty White, Top
Beaker dan sebagainya.
Keluaran Roti Gardenia yang bersifat
homogen ini akan meyebabkan pengguna tidak tetap dalam membuat pilihan jenama
roti yang mereka hendak beli. Oleh itu, penjual dan pembeli menerima harga yang
telah ditentukan oleh mekanisme pasaran iaitu (DD = SS). Keluk Syarikat Roti
Gardenia adalah anjal sempurna iaitu bebas menjual sebanyak manapun keluaran
berdasarkan harga yang ditetapkan di pasaran.
RUJUKAN
Aziz, I. (2020, March 28).
Gardenia tingkatkan kepada 2.2 juta buku roti sehari. Retrieved December 01,
2020, from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/670404/gardenia-tingkatkan-kepada-22-juta-buku-roti-sehari
Pasaran
persaingan sempurna dan analisis pasaran. (n.d.). Retrieved December 02, 2020,
from https://www.slideshare.net/mobile/kimraeKI/pasaran-persaingan-sempurna-dan-analisis-pasaran
Mohd Nashriq. (2012). Kebaikan Pasaran Persaingan Sempurna (PPS). Diperoleh 1 November 2020, dari nashnote.wordpress.com/2012/08/06/kebaikan-pasaran-persaingan-sempurna-pps/
Mohd Nashriq. (2012). Keburukan Pasaran Persaingan Sempurna (PPS). Diperoleh 1 November 2020, dari https://nashnote.wordpress.com/2012/08/06/keburukan-pasaran-persaingan-sempurna-pps/
Rodzi, C. A. (2020, December
4). pasaran persaingan sempurna (perfect competition market). pasaran
persaingan sempurna (perfect competition market). http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2011/01/pasaran-persaingan-sempurna-perfect.html?m=1